P E R J A L A N A N C A M E R A D A N A K U

I LOVE CAMERA

Wednesday, June 15, 2016

Rindu

Aku rindu nak sujud kat Allah waktu solat ... aku lemah bab agama.. ���� .. aku usaha untuk pegang..untuk faham..sebab tu aku nak belajar..sebelum terlambat.. bila kau bayangkan, kau tengah sujud... kau rasa tenang..bahagia.. kau tak sedar air mata pun keluar..mcm tu lah aku.. �� .. Alhamdulillah.. Allah masih bg aku hidayah dan peluang untuk pulang ke jalan Nya .. Alhamdulillah ..

Sunday, May 15, 2016

Selamat tinggal

Hidup seakan mainan
Kau cinta,kau dibiar
Kau sayang,kau dibuang
Sampai saat kau tawar ,kau dikejar
Menoleh semula bukan pilihanku

Angin seakan mengerti
Meniup sedih membuang sakit
Hujan turun menutup kisah
Kau ku ingin
Kau menuju seterusnya
Menangis hati,tiada siapa peduli
Aku undur dan lalu pergi

-elonks-

Sunday, November 1, 2015

CINTAILAH PEREMPUAN YANG MEMBACA.


(Oleh: Rosemarie Urquico. Terjemahan: Izmil Amri)

Cintailah perempuan yang membaca. Perempuan yang berhabis duit untuk buku dan bukan baju. Dia punya masalah dengan ruang lemari baju, kerana dia punya terlalu banyak buku. Cintailah perempuan yang punya senarai buku-untuk-dibaca, perempuan yang punya kad perpustakaan sejak dia dua-belas tahun usia.

Carilah perempuan yang membaca. Dialah perempuan yang sentiasa menyimpan buku yang belum dibaca dalam tas tangannya. Dialah yang meninjau-ninjau di dalam kedai buku dengan penuh rasa kasih sayang. Yang menjerit kecil apabila ketemu buku yang dicari. Kau lihat gadis aneh yang mencium bau halaman buku lama di kedai buku terpakai itu? Itulah dia perempuan yang membaca. Dia tidak akan dapat tahan nafsu untuk menghidu halaman buku lama, terutamanya yang sudah mulai kuning.

Dialah perempuan yang membaca sambil menunggu di kedai kopi hujung jalan sana. Kalau kau lihat cawan kopinya, krimer bukan tenusu maseh lagi terapung di atas, dia sudah pun keasyikan. Hilang tenggelam dalam dunia bikinan si penulis. Duduklah di sebelahnya. Dia mungkin akan menjeling, kerana perempuan yang membaca tidak suka diganggu ketika membaca. Tanyalah jika dia suka buku yang dibacanya itu.

Belikan dia secawan kopi lagi.

Katakan pada dia apa yang kau fikir tentang Murakami. Lihat sama ada dia sudah melepasi bab pertama Fellowship. Fahami bahawa jika dia katakan yang dia faham Ulyssesnya si James Joyce, itu hanyalah kerana mahu kelihatan cerdik. Tanyakan kalau-kalau dia suka Alice, atau jika dia mahu menjadi Alice.

Alangkah senang bercinta dengan perempuan yang membaca. Hadiahkan dia buku pada hari jadinya, pada Hari Natal dan pada setiap ulangtahun. Hadiahkan padanya hadiah kata-kata, dalam puisi, dalam lagu. Berikan dia Neruda, Pound, Sexton, Cummings. Biar dia mengerti bahawa kau memahami yang kata-kata itu adalah cinta. Fahamilah yang dia sememangnya tahu beza antara dunia buku dan realiti, walau dia bersungguh juga mahu bikin hidupnya seakan buku yang paling dia suka. Bukan salah kau kalaupun di mencuba begitu.

Apa cara pun, dia mesti akan perlu mencuba juga.

Berbohonglah padanya. Jika dia memahami sintaks, dia akan faham keperluan kau untuk berbohong. Di balik kata-kata ada perkara-perkara lain: motivasi, nilai, nuansa, dialog. Tidak akan kiamat lagi dunia, kalau kau bohong padanya.

Kecewakan dia dengan kegagalan. Kerana perempuan yang membaca tahu bahawa kegagalan selalunya membawa kepada klimaks jalan cerita. Kerana perempuan yang membaca faham bahawa tidak semua perkara berakhir begitu sahaja. Masih boleh ditulis sekuelnya. Masih boleh mula semula, lagi dan lagi, dan masih boleh jadi hero. Dia faham bahawa dalam hidup, mesti ada satu dua watak jahat.

Kenapa takutkan segala yang bukan kau? Perempuan yang membaca memahami bahawa manusia, sama juga seperti watak dalam buku, berkembang. Kecuali dalam siri Twilight.

Kalau kau ketemu perempuan yang membaca, janganlah dibiar pergi jauh. Bila kau ketemu dia di tengah malam jam dua pagi sedang memeluk buku ke dadanya dan menangis, buatkanlah dia secawan teh dan peluk dia rapat-rapat. Kau mungkin kehilangan dia untuk seketika, tetapi dia tetap akan kembali pada kau. Dia akan berbicara seolah watak di dalam buku itu hidup, kerana untuk satu ketika, watak-watak itu benar-benar hidup.

Kau akan melamarnya di atas belon udara panas. Atau ketika konsert rock. Atau secara bersahaja bila dia jatuh sakit. Atau melalui Skype.

Kau akan tersenyum sampai telinga dan tertanya-tanya kenapa jantung kau masih belum meletup keluar dari rongga dada. Kau akan menulis kisah hidup kau berdua, punya anak-anak dengan nama pelik-pelik dan selera yang bukan-bukan. Dia akan perkenalkan anak kau kepada Cat in the Hat dan Aslan, barangkali pada hari yang sama. Kau akan berjalan di musim salji bersamanya bila sudah berusia nanti, dan dia akan bacakan Keats dengan nada lembut sambil kau ketis salji dari kasut.

Cintailah perempuan yang membaca kerana kau berhak. Kau berhak untuk dapat seorang perempuan yang boleh memberi kau kehidupan penuh warna. Kalau kau hanya sugul, membosankan dan tidak serius, adalah lebih baik kau bersendirian. Kalau kau mahukan dunia, dan dunia-dunia di sebaliknya, cintailah perempuan yang membaca.

Atau lebih baik, cintailah perempuan yang menulis.

Hafizul Faiz
1 November 2015

Friday, August 21, 2015

Musim busy dah tiba!!

ok...seriously otak aku dah penat yang amat..stress..and dh kna attack pening or migrain..but i have to face it no matter what..aku nak lulus semua subjek...gila lah..bukan macam dulu aku boleh lagi main-main..skrg,aku kna fokus...bnyk calculation yg aku kna hadap...benci aku dgn math mcm dah kurang pulak hahaha....i love it now..In shaa Allah aku boleh buat.. lain lagi dgn lab report huhuhuh..i know i can..aku tau aku boleh...yes i am!!!! doa kan kejayaan aku ok.. (:

Sunday, August 16, 2015

Tips untuk ingat balik apa yang dh dibelajar

seriously...i am trying my best to love mathematics..and others 4 subject yg guna calculation..menangis dalam hati jer la... berhuhulah saya... ok..the other day, aku terjumpa satu gambar yg mengajar cara macam mana nk ingat balik apa yang di dibelajar kt sekolah or kolej...tp gmbr tu kt dalam phone..aku taip jer la (:

ok cara nya

gosok belakang tengkuk dan selawat..then pejam mata, ingat kuasa Allah swt

In shaa Allah menjadi... 

aku sampai menangis..sbb aku ada masalah dengan math..aku ikut tips ni...Alhamdulillah berhasil...
amal kan...



-TemahTemmie


Saturday, August 15, 2015

aku jadi student lagi

entah lah...aku suka sangat nak belajar ..tapi kan, aku memang xnk la menghadap math hahaha...seriously aku anti math sebagaimana rakyat Malaysia bencikan POkJIb dan MakMoh ...tp,no matter what aku harus sayang and cintakan math...pernah guru aku pesan..kau kena sayang and ikhlas kalau nak belajar sesuatu..Alhamdulillah,masuk je kt kolej baru, aku dh boleh terima math..syukur sangat... aku dapat faham and kalu tak faham, aku akan keep on bertanya kt kawan aku...sampai la aku faham oh yes...dalam kelas aku, aku jer laa yg dh pangkat kakak..sebabnya,aku dh 25 tahun and classmate aku semua berumur 17-22 tahun..ahh tak kisah pun sebab ilmu ada kt mana mana and belajar tak mengira umur kan? baiklah..dah lama aku tak update blog aku ni..bekurun dh rasanya haaha... aku nk buat assigment aku dulu...due date 28 Ogos 2015... aku ambil course Certificate Electric/Electronic ..ada 7 subjek..5 subjek semua ada pengiraan..2 jer tak...jodoh aku dengan math haahah toodloo -TemahTemmie